10 Cerita Dongeng Mengenai Susu Ibu
Susu ibu anugerah Allah
Assalamualaikum
mommy-mommy yang awesome!
Pernah
dengar tak cerita negatif mengenai penyusuan susu ibu? Apa reaksi kita bila
berhadapan dengan unsur-unsur negatif ini? Adakah kita bersetuju dengan cerita
negatif dan dongeng itu sehingga melemahkan semangat kita untuk menjayakan
penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun? Alangkah sedihnya saya jika ada
mommy-mommy yang terpengaruh dengan cerita dongeng mengenai susu ibu ini.
Mari
kita baca 10 cerita dongeng mengenai susu ibu di bawah. Semoga ia dapat memberi
pencerahan dan motivasi kepada kita untuk kental menyusukan bayi kita sehingga
2 tahun.
Dongeng: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Payudara ibu memang akan bertambah
saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan
kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak).
Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan
menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan
bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Dongeng: Bayi asyik “melekat” dengan ibu
Ibu adalah orang pertama yang bayi
kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali
sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka
masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2
tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka
hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat.
Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat,
kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap,
dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Dongeng: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Sedap bukan ukuran kualiti makanan
berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu
mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding
hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula
ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula
kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien
lebih mudah daripada susu ibu.
Dongeng: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Terpengaruh dengan iklan susu formula di
media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu
formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya
belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi
antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu
formula di dunia.
Nampak tak apa yang ditulis di tin susu
formula? Setiap susu formula pasti ada tertulis ayat ini, "Susu ibu adalah
makanan terbaik bagi bayi." Jadi mengapa kita masih ragu-ragu dengan susu
ibu anugerah Allah ini? Jika tiada alasan kukuh tiada sebab kita hendak beri
susu formula kepada bayi kita. Jangan beri anak kita susu lembu!
Dongeng: Payudara kecil, susu kurang.
Semua ibu secara semula jadinya boleh
menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak
mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar
disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Dongeng: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Kolostrum berwarna kekuningan dan agak
pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3
atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam
tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang!
Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi.
Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula
tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah
ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Dongeng: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Ibu menyusu (malah semua orang
sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang
sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu
yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja
selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan,
dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam
kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga
boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.
Dongeng: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Jika susu ibu yang diperah ke dalam
botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu
menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu
kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.
Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas
manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu,
80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk)
untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan
bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang
diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk)
yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat
(kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Dongeng: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Puting payudara ibu bersifat
antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan
pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan
kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding
puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi.
Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum)
yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa
2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan
sebagainya.
Dongeng: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada
nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu
mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan
apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat
tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan
makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah
berbanding wanita yang tidak menyusu.
Tahukah kita bahawa ibu menyusu mudah mendapat pahala?
Dalam
riwayat Thabarani dan ‘Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan,
lalu ia mengeluarkan susu dari
payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan
mendapat satu pahala.
Jom
kita berikan susu ibu untuk bayi kita. Kuatkan semangat dan kentalkan hati
untuk menempuh cabaran penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Semoga kita dan
anak kita mendapat banyak ganjaran pahala dan rahmat dari Allah hendaknya
Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~
Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~
1 comments: