7 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

14:11 Unknown 0 Comments


"Macam mana nak hilangkan strech mark kat perut ni? Tolonglah saya. Buruk benor perut saya ni."

"Perut saya dah tak cantik. Banyak betul strech mark selepas bersalin hari itu. Macam mana nak hilangkannya?"

Ayat-ayat di atas sering saya terima dari ibu yang baru bersalin. Ada yang merungut, ada yang tak percaya perut dah menjadi hodoh dan sebagainya. Pelbagai perasaan yang kurang menyenangkan menyelebungi diri mereka.  Inilah antara harga pengorbanan yang terpaksa dibayar seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya. Jangan merungut! Nanti kurang pahala tau! Banyak pahala Allah kurniakan kepada ibu yang melahirkan zuriat. Ada caranya nak hilangkan strech mark dengan cepat selepas bersalin ini. Kena baca entri ini sampai habis yek!

Kadang-kadang memang tidak nampak kesan strech mark ketika mengandung. Selepas bersalin perut akan menjadi kempis dan mengecil. Masa inilah kita baru kita perasan banyaknya strech mark. Mula rasa tak sanggup tengok perut kita. Hodohnya! Betul tak? 

esp shaklee hilangkan stretch mark
Stretch mark adalah garisan-garisan putih yang muncul pada kulit. Selalunya stretch mark ini akan menyerang wanita hamil kerana kulit merenggang akibat rahim mengembang dengan kadar yang agak cepat. Perubahan hormon sewaktu mengandung menyebabkan garisan stretch mark akan berwarna merah, ungu atau merah jambu. Kawasan badan yang sering timbul stretch mark adalah perut, peha, payudara, lengan dan  punggung. Kadang-kadang agak seram melihat stretch mark ini. Adakalanya nak berpakaian seksi di hadapan suami pun agak malu. Okay jom kita baca 7 tips hilangkan stretch mark dengan cepat selepas bersalin.

1. Elakkan pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung

esp shaklee hilangkan stretch mark

Tidak dinafikan semasa hamil selera makan bertambah dua kali ganda. Awas! Ibu hamil harus mengawal selera makan. Bimbang nanti sewaktu hamil diserang kencing manis pula. Stretch mark dapat, penyakit pun dapat!

2. Ambil makanan seimbang dan pengambilan vitamin C untuk merangsang kolagen

esp shaklee hilangkan stretch mark

Amalkan memakan buah, minum yogurt dan susu segar. Ibu selepas bersalin juga boleh mengamalkan vitamin C Shaklee. Elakkan juga pengambilan kafien yang boleh mengeringkan kulit.

3. Sapu pelembap

esp shaklee hilangkan stretch mark

Sekarang banyak pelembap untuk stretch mark yang dijual di farmasi. Contohnya minyak zaitun, baby oil, cocoa butter dan lain-lain lagi. Sapukan pelembab selepas mandi dan sebelum tidur di kawasan badan yang disebut tadi.

4. Memakai korset / bengkung

esp shaklee hilangkan stretch mark

Korset atau benkung ini boleh dipakai selepas bersalin. Bengkung akan membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin. Jangan abaikan pemakaian bengkung ini. Ibu bersalin jika mahu bentuk badan macam anak dara, kenalah berdisiplin untuk memakai bengkung selepas bersalin.

5. Bersenam

esp shaklee hilangkan stretch mark

Walaupun ibu sedang hamil, jangan abaikan senaman untuk ibu mengandung. Amalkan senaman yang sesuai dengan ibu hamil sehingga  melahirkan anak.

6. Amalkan petua tradisional

esp shaklee hilangkan stretch mark

Walaupun zaman sudah moden, jangan sesekali lupa akan petua tok nenek kita dahulu. Lagipun petua orang lama lebih menjimatkan dan selamat. Tiada sebarang bahan kimia pun. Antara petua lama yang boleh dikongsi ialah ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan dengan sedikit air sehingga sebati. Kemudian sapu di bahagian yang ada stretch mark sebelum tidur. Lakukan setiap malam. Insyaallah berkesan.

7. ESP Shaklee

esp shaklee hilangkan stretch mark

ESP adalah supplement tambahan berasaskan soya. Soya kaya dengan protein. Protein mampu memulihkan kulit kita dan tampak seperti remaja. ESP akan membaiki sel kulit kita yang rosak. ESP juga akan menghasilkan sel kulit baru. Sel kulit yang rosak akan dibaiki menjadi cantik dan akan bergabung dengan sel baru untuk menjadikan kulit kita lebih cantik, berseri dan elastik. Insyallah stretch mark hilang jika ibu bersalin mengamalkan ESP. Boleh baca kebaikan ESP (klik sini)

Jom kita lihat testimoni ESP di bawah:


7 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

7 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

7 Tips Hilangkan Stretch Mark Dengan Cepat Selepas Bersalin

Terbukti ESP menceriakan ibu selepas bersalin. Jadi kepada ibu yang masih dihantui stretch mark, bolehlah mencuba amalkan ESP Shaklee. Stretch mark hilang, hati riang dan suami pun semakin sayang!

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~








0 comments: