5 Tips Meneran Ketika Bersalin

12:36 Unknown 0 Comments

Kesakitan hilang bila menatap si comel!

Pengalaman melahirkan 2 orang anak secara normal membolehkan saya merasai bagaimana proses meneran itu dilakukan. Ia bukan sesuatu tugas yang mudah. Sekarang saya tahu kenapa Allah berikan ganjaran yang banyak kepada seorang ibu yang melahirkan anak. Kalau kita selalu tengok drama di kaca televisyen nampak macam mudah bila bidan atau doktor berkata "Teran.' Hakikatnya in real life tidak seperti apa yang dilihat.



Tapi janganlah mommy atau mommy to be risau dan bimbang. Jom baca entri ini sehingga habis. Saya nak berkongsi tips meneran ketika bersalin.

1. Pernafasan

Ketika meneran nanti kita perlu menarik nafas sepanjang mungkin. Selepas tu kita meneran atau push semampu yang boleh. Awas! Jangan mencuri nafas yek. Nanti  kepala bayi yang nak keluar tu masuk kembali. Tarik panjang-panjang dan teran sehabis baik! Tarik nafas panjang-panjang dan teran bila kita rasa sakit. Insyallah bayi akan keluar.

2. Posisi badan

5 Tips Meneran Ketika Bersalin

  • Kedudukan badan yang betul adalah penting semasa proses meneran ketika bersalin. Posisi yang betul membantu kita menarik nafas panjang yang maksimum untuk meneran. Jika posisi badan tidak betul maka pernafasan kita akan tersekat-sekat sekaligus akan menyebabkan kita cepat letih dan hilang tenaga. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk kaki dengan cara melingkarkannya ke bawah peha.
  • Semasa proses meneran dilakukan jangan mengangkat punggung. Pastikan punggung berada dalam keadaan tetap pada tempatnya dan tidak terangkat untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya koyakan yang amat banyak. Pastikan juga kepala dan dagu kita rapat betul pada dada kita untuk memberikan daya momentum yang lebih tinggi ketika meneran.


3. Baca doa dan selawat

  • Banyakkan mengamal bacaan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan nun , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah.  Sentiasa memohon kepada Allah agar diri kita dan anak selamat. Berdoalah juga memohon  Allah meringankan kesakitan bersalin  dan permudahkan urusan bersalin kita.
  • Jangan lupa untuk sentiasa berzikir. Kalau tak boleh sangat pun memadailah sebut nama Allah semasa kontraksi dan meneran nanti. Secara spritualnya dengan amalan zikirullah dan doa yang tidak lekang di bibir kita, ia akan memberikan tenaga dalaman yang kuat dan mental yang mantap sekaligus membuatkan diri kita cekal dan berani ketika proses bersalin dilakukan. Kesakitan dapat dikurangkan apabila kekuatan dalaman kita kuat.


4. Mohon kemaafan dan keampunan

  • Macam hari raya pula nak kena mintak maaf. Tapi adakah hari raya sahaja masa sesuai untuk mohon kemaafan? Islam menyarankan kita sentiasa bermaafan antara satu sama lain setiap waktu. Kemaafan akan melahirkan jiwa yang bersih.
  • Sebelum bersalin, pohonlah kemaafan daripada insan-insan yang rapat dengan kita seperti suami, emak, ayah, adik beradik dan keluarga. Kekadang kita terlepas pandang barangkali kita ada mengguris perasaan mereka.  Jadi bila kita minta maaf dan dengan lapang dada mereka memaafkan kita. Ia seperti doa untuk kita. Insyallah urusan bersalin kita akan dipermudahkan Allah nanti.


5. Tenaga

minum esp shaklee ketika bersalin

  • Sebelum bersalin pastikan kita mempunyai tenaga yang cukup. Jangan skipp makan. Makanlah sepuas-puasnya. Bukan sahaja ia dapat memberi tenaga ketika meneran bersalin nanti, tempoh berpantang nanti kita tak dapat nak makan makanan yang best-best dah. 
  • Walaupun selera makan kita hilang kerana kontraksi nak bersalin, tapi berusahalah sedaya upaya untuk makan. Janga biarkan perut kosong. Kalau boleh biarlah kenyang kerana ia akan memberi tenaga kepada kita nak meneran nanti.
  • Jangan ingat proses bersalin tu cepat. Kekadang tu berjam-jam. Kalau anak pertama lagilah lama sehingga lebih 12 jam pun pernah berlaku. Ketika bersalin anak kedua dulu saya minum esp shaklee. Bila rasa lapar jer saya bancuh dan minum esp. Esp bukan sahaja mengenyangkan tapi juga memberi kita tenaga. Selain itu saya mengamalkan vitamin ibu mengandung Shaklee semasa hamil. Ia membantu saya mendapat nutrisi lengkap sekaligus membantu saya menghadapi proses bersalin dalam keadaan sihat, segar dan bertenaga.
vitamin ibu hamil
  • Last but not least, jangan lupa mandi. Sebelum pergi ke hospital pastikan kita mandi terlebih dahulu. Bersihkan diri. Mandi dapat memberikan kesegaran kepada badan kita. Badan yang segar merangsang ketenangan untuk kita bersalin.


Okay, setakat ini sahaja perkongsian pengalaman bersalin saya. Semoga ia dapat membantu ibu dan bakal ibu semua sebelum masuk ke laboor room nanti. Jangan takut dan bimbang. Ibu yang melahirkan banyak ganjaran pahala yang Allah berikan! Ingatlah sesungguhnya pengorbanan kita ini adalah untuk meramaikan umat Muhammad SAW di dunia ini.

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~



0 comments: