Setiap Wanita Wajib Tahu Kebaikan Meruang Memastikan Miss V Sihat

Tak ramai wanita yang tahu terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang akan kebaikan meruang. Meruang miss v adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam miss v dengan menggunakan jari telunjuk. Orang lama memang mengamalkan meruang ini bagi memastikan miss v sentiasa sihat.

Kebiasaannya meruang ini dilakukan setiap kali selepas habis berpantang bersalin. Wanita terdahulu memang melakukan kaedah meruang ni kerana:

  • Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
  • Mencegah dari keputihan
  • Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
  • Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi


Meruang dilakukan setiap kali hadas besar. Ia boleh dilakukan dengan 3 posisi.
🌷
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl






Cara Meruang🌹

🌹
  1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
  2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar)
  3. sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.
  4. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. 
  5. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.



Melalui proses ini setiap wanita akan dapat merasa tiang seri kembali mantap. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda masih tidak rapi. 




Pada peringkat awal anda akan rasa nyeri sedikit jika tidak biasa melakukannya. Cuba tenangkan diri dan tarik nafas. Lakukan secara perlahan. Rasanya sedikit nyilu tetapi kebaikkan sepanjang hayat!! Selamat mencuba!


Hubungan suami isteri kian hambar tidak sehangat malam pertama dulu. Kenapa menjadi hambar? Adakah kerana vagina tidak rapat dan menggigit ketika fasa awal perkahwinan?

Inilah rahsianya. Rapatkan miss v anda supaya kembali menggigit ketika melakukan hubungan intim dengann suami. Amalkan alfalfa complex!





Kelebihan Alfalfa Complex


  • Menghilangkan keputihan
  • Mengetatkan faraj
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Membuang angin di dalam badan
  • Menghilangkan bau busuk faraj 
  • Memperbanyakkan air susu ibu

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 
016-5199271 ~Maznifaeza~




10 Cerita Dongeng Mengenai Susu Ibu

Susu ibu anugerah Allah

Assalamualaikum mommy-mommy yang awesome! 

Pernah dengar tak cerita negatif mengenai penyusuan susu ibu? Apa reaksi kita bila berhadapan dengan unsur-unsur negatif ini? Adakah kita bersetuju dengan cerita negatif dan dongeng itu sehingga melemahkan semangat kita untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun? Alangkah sedihnya saya jika ada mommy-mommy yang terpengaruh dengan cerita dongeng mengenai susu ibu ini.



Mari kita baca 10 cerita dongeng mengenai susu ibu di bawah. Semoga ia dapat memberi pencerahan dan motivasi kepada kita untuk kental menyusukan bayi kita sehingga 2 tahun.

Dongeng: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Dongeng: Bayi asyik “melekat” dengan ibu

Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Dongeng: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Dongeng: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Nampak tak apa yang ditulis di tin susu formula? Setiap susu formula pasti ada tertulis ayat ini, "Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi." Jadi mengapa kita masih ragu-ragu dengan susu ibu anugerah Allah ini? Jika tiada alasan kukuh tiada sebab kita hendak beri susu formula kepada bayi kita. Jangan beri anak kita susu lembu!

Dongeng: Payudara kecil, susu kurang.

Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Dongeng: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Dongeng: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Dongeng: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Dongeng: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Dongeng: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.


Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Tahukah kita bahawa ibu menyusu mudah mendapat pahala?

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala.

Jom kita berikan susu ibu untuk bayi kita. Kuatkan semangat dan kentalkan hati untuk menempuh cabaran penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Semoga kita dan anak kita mendapat banyak ganjaran pahala dan rahmat dari Allah hendaknya

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

Saya Hamil Pilih Shaklee, Saya Berpantang Pilih Shaklee, Saya Menyusu Pilih Shaklee

Ba Ba Chak!


Assalamualaikum semua! Selamat hari raya! Ba ba cak! 


Alhamdulillah dapat juga saya mencuci blog ini yang amat bersawang ini. Saya terpaksa menghilang diri buat sementara. Kini saya kembali dan akan pastikan blog ini sentiasa di updet dengan perkongsian berinformasi untuk uols. 


Bayi lelaki berat 3.57 kg
Saya telah bersalin anak ketiga 24 Jun 2014 yang lalu dan sepanjang berpantang ni memang tak pernah tinggal vitalea, ESP Shaklee dan Alfafa. Itu kekuatan saya yang Allah beri melalui Shaklee. Baby saya baby shaklee. Lahir dengan mudah dan masih bertenaga selepas bersalin.


Kita shake ESP dulu!
Apa yang melegakan saya, susu saya alhamdulillah mencukupi untuk anak saya. Sementara cuti ni saya direct breastfeed sambil buat stok EBM. Saya pump 3 jam sekali. Saya pump selalu bukan sahaja untuk buat stok tetapi nak galakkan lagi penghasilan air susu saya.


Stok susu EBM
Dengan vitalea, saya sentiasa bertenaga walaupun baby kerap menyusu. ESP dan alfafa pula telah membantu saya menghasilkan susu yang berkualiti dan banyak. Semuanya dengan izin Allah. Anak saya tidur lena. Bangun malam cuma dua kali sahaja itu pun untuk menyusu. Saya juga dapat tidur dengan lena.


Iman Izziqry nama diberi
Harapan saya memang besar. Saya ingin menyusukan anak saya secara ekslusif sehingga umur 2 tahun. Saya suka shaklee. Saya hamil pilih shaklee, Saya berpantang pilih shaklee, saya menyusu pilih shaklee..dan saya pilih shaklee untuk kekal sihat. 

Kepada ibu-ibu mengandung yang masih mencari-cari set bersalin berpantang, saya amat mengesyorkan ini:
Set Bersalin Shaklee Terbaik Untuk Ibu Berpantang


Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

Kenapa Ramai Ibu Bersalin Suka dengan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

Tenang, relaks dan ceria semasa berpantang

Nak berpantang dengan perasaan yang tenang dan gembira? Fasa berpantang selepas melahirkan bayi adalah fasa yang membosankan. Buat itu tak boleh. Nak makan ni tak boleh. Banyak betul pantang larangnya! Nak tak nak terpaksalah ikut. Badan nak pakai lamakan? Kenalah berdisiplin semasa berpantang.

Kenapa ramai ibu bersalin suka dengan set bersalin dan berpantang Shaklee ini? Kenapa Set bersalin dan berpantang Shaklee ini sangat popular? Ini jawapannya:

Kenapa Ramai Ibu Bersalin Suka dengan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee


Kenapa Ramai Ibu Bersalin Suka dengan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

Kenapa Ramai Ibu Bersalin Suka dengan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

Kenapa Ramai Ibu Bersalin Suka dengan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee


Ini kebaikan Set Bersalin dan Berpantang Shaklee:

  • Bagi ibu bersalin pembedahan, luka cepat sembuh dalam masa seminggu saja.
  • Dapat menghasilkan susu ibu lebih cepat, banyak dan pekat
  • Bayi tidak akan kembung dan dapat elak jaundice
  • Berat badan ibu bersalin cepat turun
  • Badan lebih bertenaga, tidak mudah penat
  • Memberi moody yang tenang, relaks dan ceria
  • Boleh diamalkan sejurus selepas bersalin

6 soalan popular mengenai Set Bersalin dan Berpantang Shaklee



1. Adakah sesuai untuk yang bersalin pembedahan?
Set Bersalin ini sangat bagus untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal.

2. Bilakah boleh mula makan set bersalin?
Sebaik sahaja bersalin boleh terus makan set bersalin ini untuk 'recharge' tenaga dan membantu penyusuan.

3. Adakah selamat untuk ibu dan bayi menyusu?
Sangat selamat malah membantu menurunkan jaundice bayi. Set Bersalin Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Ianya dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan halal.

4. Perlukah ambil jamu atau herba berpantang lain?
Tak Perlu dan membazir kalau ambil. Set Bersalin ini 100% lengkap memenuhi keperluan ibu berpantang untuk pulih, slim, dan banyakkan susu.

5. Cara makan set bersalin Shaklee 
Saya akan berikan cara dan aturan makan  bersama 'packaging' Set Bersalin nanti.

6. Berapa harga set  bersalin Shaklee ?

Boleh baca perincian set bersalin dan berpantang Shaklee (jom klik)

Terdapat 3 pilihan untuk Set Bersalin dan berpantang Shaklee . Ia boleh digunakan selama 3-4 bulan, malah ada yang tahan sehingga 6 bulan. 
  • Set Asas – RM268 ( hanya RM67 sebulan)
  • Set Extra – RM479 (hanya RM119 sebulan)
  • Set Premium – RM584(hanya RM146 sebulan)
Nak dapatkan harga lebih murah lagi jimat? Senang sahaja. Daftar menjadi ahli Shaklee rm65 seumur hidup dan layak mendapat harga ahli 30% murah daripada harga sebenar.

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

Tips Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Jangan beri anak kita susu lembu!

Bagi saya gelaran ibu tidak boleh diperolehi sebaik sahaja kita selesai bersalin dan memperolehi cahaya mata jika kita tidak ada niat nak menyusukan bayi kita. Kita tidak berhak mendapat gelaran ibu sepenuhnya jika kita gagal memberikan susu ibu kepada bayi kita sejurus dia melihat dunia. Anak kita, kenapa nak bagi susu formula pula? Kita yang bersusah payah mengandung 40 minggu tetiba apabila lahir diberi susu formula pula. Tak adilkan?



Untuk menjayakan penyusuan eksklusif bayi selama 2 tahun, kita sebagai ibu perlu ada ilmu penyusuan. Ramai ibu yang gagal kerana kurangnya ilmu penyusuan. Semangat yang berkobar-kobar untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun akhirnya terkandas di pertengahan jalan lantaran ceteknya ilmu penyusuan di kalangan para ibu.



Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai apakah persediaan menjayakan penyusuan susu ibu yang sewajarnya dilakukan oleh para ibu. Bakal bergelar ibu wajib baca entri ini sehingga habis. 


1. Persediaan Mental

Yang penting sekali niat. Nak buat sesuatu mesti ada niat. Kena pasang niat awal2 untuk menyusukan anak. Mesti ada sifat macam ni,"Aku yang penat-penat mengandung, tapi kenapa nak bagi anak aku susu lembu pula. Anak aku mestilah dia minum susu aku!"


2. Pam




Sebelum bersalin belilah pam susu. Belilah jenama yang baik. Ikut kemampuan masing-masing. Yang penting ia mudah dibawa, ringan senang diselenggara. Saya suka medela kerana ia portable. Boleh mengepam susu sambil buat kerja di opis.


3. Breastmilk Storage Beg / Bottle





Hargailah susu yang kita pam tadi dengan menyimpan  di dalam bekas yang baik dan berkualiti. Belilah storage plastic beg. Tak mahal pun. Storage plastic ni kedap udara dan susu dijamin bersih sentiasa. Boleh juga guna storage bottle. 

4. Cooler beg untuk simpan susu



Cooler beg amat berguna jika kita dalam situasi mobile seperti berada di pejabat, sedang melancong, berada dalam kereta dan sebagainya. Apabila selesai mengepam, simpanlah storage plastic ke dalam beg ice ack. Sediakan cooler beg dan juga ice pack. 3 ice pack cukup untuk simpan susu selama 8jam. Maximum 3 ice pack tahan sehingga 12jam. Jika tempat kerja ada peti ais, lagi mudah. Boleh simpan sementara dalam peti sejuk sebelum bawa balik ke rumah.

5. Demand vs Supply

Konsep demand & supply sangat penting dalam penyusuan. Ianya konsep yang mudah.
Semakin banyak permintaan susu dari bayi, maka ibu pun semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! . Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

6. Supplement /  milk booster


Mengapa ibu menyusu perlu ambil supplement atau milkbooster? Ibu menyusu perlu sentiasa memastikan kesihatan dan tenaga berada dalam tahap terbaik. Untuk mengekalkan kecergasan sepangjang masa digalakkan ibu menyusu untuk mengambil vitamin ibu menyusu. Selain itu amalan supplement ini dapat menggalakkan penghasilan susu ibu dengan cepat. Jadi konsep demand and supply dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Susu ibu pula akan lebih meriah, berkhasiat dan mengenyangkan. Insyallah bayi kita tidak kerap merengek kelaparan untuk menyusu di waktu malam lagi. 

7. Deep Freezer / Chest Freezer


Adalah dinasihatkan untuk membeli peti ais yang baru. Saya sendiri ketika menyusukan anak saya Ilmuna Izzahra terpaksa untuk membeli peti ais yang lebih besar untuk menyimpan stok susu ebm.

Boleh juga untuk membeli deep freezer atau chest freezer. Terpulang dengan kemampuan masing-masing.


8. Lain-lain.


Lain-lain keperluan ialah seperti baju nursing, nursing bra, nursing cover dan sebagainya. Tidak dinafikan semua ini sangat membantu kita dalam menyusukan anak. 

Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu dan membakar semangat para ibu di luar sana untuk berazam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Ingat! Anak kita berhak untuk merasai nikmat susu ibu. Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. 

Jika uols nak tahu mengenai vitamin ibu menyusu, boleh klik link di bawah ini:

Vitamin Ibu Menyusu : Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat



11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) agar cepat sembuh


Apa perasaan kita bila doktor beritahu,"Sudah tiada jalan lain. Puan dan bayi perlu diselamatkan dengan cara pembedahan." Berderau tak jantung kita? Pelbagai perasaan mula menerawang di minda. Cuak, takut, risau, dan sebagainya mula menghantui kita. Nak tak nak kita mesti hadapi. Kena kuatkan semangat dan tabah. Inilah pengorbanan kita untuk melahirkan zuriat umat Muhammad SAW ke dunia. Insyallah besar ganjaran pahala untuk ibu yang bersalin. 

Jangan risau. Sekarang zaman sudah canggih. Pelbagai peralatan perubatan moden telah pun dicipta. Apa yang penting adalah rawatan selepas pembedahan cesarean itu nanti. Ibu bersalin wajib untuk betul-betul berdisiplin semasa proses penyembuhan luka bersalin cesarean nanti. Kena berdisiplin tau ibu sekalian kalau 'barang' nak pakai lama lah! Tak gitu?

Jemput baca 11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

Saya mencadangkan ibu bersalin cesarean untuk mengamalkan set bersalin dan berpantang Shaklee. Set bersalin terbukti menjadi popular kerana ramai ibu bersalin dapat berpantang dengan tenang dan gembira setelah mengamalkannya.

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Boleh baca di sini untuk mengetahui cara penyusuan susu ibu (sila klik)

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean:

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop hanya untuk pelanggan saya sahaja. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~


Marhalah Kehamilan : Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan

Lamanya mengandung! Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu


Salam mommy, mommy preggy and mommy to be! Semoga ceria, bahagia dan sihat selalu. Entri kali ini hanya nak berkongsi sedikit ilmu mengenai marhalah kehamilan seorang ibu mengandung dari 1 hingga minggu 40 kehamilan. Mungkin ia berguna untuk mommy-mommy yang pertama kali mengandung. Almaklumlah pengalaman baru kan kan....  Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum tu jom kita tengok video klip di bawah ini.




Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.


Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.


Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
  


Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.