11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) agar cepat sembuh

11:41 Unknown 0 Comments


Apa perasaan kita bila doktor beritahu,"Sudah tiada jalan lain. Puan dan bayi perlu diselamatkan dengan cara pembedahan." Berderau tak jantung kita? Pelbagai perasaan mula menerawang di minda. Cuak, takut, risau, dan sebagainya mula menghantui kita. Nak tak nak kita mesti hadapi. Kena kuatkan semangat dan tabah. Inilah pengorbanan kita untuk melahirkan zuriat umat Muhammad SAW ke dunia. Insyallah besar ganjaran pahala untuk ibu yang bersalin. 

Jangan risau. Sekarang zaman sudah canggih. Pelbagai peralatan perubatan moden telah pun dicipta. Apa yang penting adalah rawatan selepas pembedahan cesarean itu nanti. Ibu bersalin wajib untuk betul-betul berdisiplin semasa proses penyembuhan luka bersalin cesarean nanti. Kena berdisiplin tau ibu sekalian kalau 'barang' nak pakai lama lah! Tak gitu?

Jemput baca 11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

Saya mencadangkan ibu bersalin cesarean untuk mengamalkan set bersalin dan berpantang Shaklee. Set bersalin terbukti menjadi popular kerana ramai ibu bersalin dapat berpantang dengan tenang dan gembira setelah mengamalkannya.

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Boleh baca di sini untuk mengetahui cara penyusuan susu ibu (sila klik)

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean:

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop hanya untuk pelanggan saya sahaja. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

0 comments: