Elak Meroyan Selepas Bersalin

00:53 Unknown 0 Comments

Macammana nak berpantang dengan perasaan yang gembira?

Wanita selepas bersalin selalu diingatkan agar sentiasa menjaga diri dengan berpantang sebaik mungkin demi mengelakkan meroyan selepas bersalin.

Elak Meroyan Selepas Bersalin dengan set bersalin dan berpantang shaklee

Pengakuan sumber

Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil.

Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya. Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana suami sudah mula bekerja.

Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit saya.

Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak.

Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang.

Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir.

Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang. Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan suami saya sudah pulih.

Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan untuk kita berdepan dengan cabaran baru. - Nur Lisa, 29, Hulu Langat.



Apakah meroyan?

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin. Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang. Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. 


Simptom awal meroyan

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Ada ibu bersalin akan mengalami:
  • perasaan putus asa
  • bersalah 
  • amat letih 
  • muramc
  • sering menangis 
  • sunyi gelisah 
  • terperangkap
Meroyan biasanya berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu tetapi adakalanya ia bermula beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.

Tips elak meroyan selepas bersalin


  • banyakkan berehat
  • makan makanan yang sihat dan seimbang
  • buat senaman ringan
  • bergaul dengan ibu-ibu lain
  • sentiasa bersikap positif pada diri sendiri dan paling penting sentiasa mengingati Allah dengan selawat dan berzikir
Mengikut kajian, ibu bersalin yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa berpantang mendatangkan kesan positif kerana dapat menghilangkan tekanan pada ibu disamping mereka boleh berbual dengan orang lain sepanjang prosedur tersebut. Lihat! Siapa kata amalan dan petua orang lama itu kolot dan kuno. Sebenarnya ia sangat membantu emosi ibu bersalin. Yang lama jangan kita lupakan dan  jangan abaikan yang cara moden. Jom kita baca cara moden untuk atasi gejala ibu bersalin meroyan.

Berpantanglah dengan set bersalin dan berpantang Shaklee.

Elak Meroyan Selepas Bersalin


Set bersalin dan berpantang yang asas mengandungi b complex, vitamin c, vita-lea dan zinc complex. Boleh baca kebaikan dan keistimewaan set bersalin dan berpantang asas (klik di sini).

Apa kata mereka tentang set bersalin dan berpantang Shaklee ini?


Elak Meroyan Selepas Bersalin


Elak Meroyan Selepas Bersalin


Elak Meroyan Selepas Bersalin

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

0 comments: