Kenapa Berat Wanita Bertambah Selepas Beranak?

01:47 Unknown 0 Comments

Risaunya bila berat badan naik bagai dipam pam!

Memang menarik apabila kita mengetahui, ketika wanita hamil dan plasenta berkembang, operasi dalaman badan mereka telah mengambil pendekatan yang sama sekali berbeza. Perubahan mekanikal dalaman, telah beralih kepada fungsi lain iaitu untuk melindungi dan membangunkan bakal nyawa yang baru. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan. Bayi dalam kandungan sihat dan selamat.


Plasenta menghasilkan hormon yang dipanggil hCG. Hormon hCG dalam erti kata yang mudah, bertindak sebagai mekanisme perlindungan untuk perkembangan bayi. Hormon ini memasuki badan wanita secara langsung melalui aliran darah dan mengawal fungsi-fungsi automatik badan seperti: metabolisme, penghadaman makanan, tenaga dan pengedaran nutrisi

Kesan daripada kehamilan, kesihatan tuan rumah (badan wanita) menjadi keutamaan kedua. Kesemua lemak badan wanita yang telah disimpan, termasuk makanan yang dimakan pada hari itu, akan pergi ke bayi dahulu dan kemudian barulah si ibu, itulah sebabnya semasa mengandung wanita boleh makan dengan banyak tanpa kenaikan berat badan yang ketara.

Sebelum Kehamilan 


Sebelum kehamilan, metabolisme dan fungsi-fungsi automatik lain yang berkaitan dengan makanan dan pencernaan dikawal oleh kelenjar kita sendiri - hipotalamus

Kelenjar hipotalamus terletak di dalam otak kita. Ia mengawal fungsi automatik badan seperti: 
  • Penghadaman makanan, 
  • Tidur, 
  • Di mana untuk menyimpan lemak, 
  • Bila untuk menyimpan lemak
  • Dan bila untuk melepaskan rizab lemak untuk tenaga
Dalam kata lain, mengandung pada badan wanita adalah satu perubahan besar dari segi fizikal dan mental.

Profesor Dave Grattan dari Persatuan Neuroendrokrinologi British telah menulis satu kajian yang sangat menarik tentang perubahan dalaman badan wanita semasa mengandung. 
"Otak seseorang wanita akan mengalami pengubahsuaian yang luarbiasa yang akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badannya. Kawalan perembesan hormon berubah, dan ini menyumbang kepada perubahan dramatik dalam emosi dan tingkah laku yang mengiringi proses mengandung dan melahirkan anak. 
Semua perubahan ini memerlukan otak untuk berfungsi secara berbeza semasa hamil berbanding dengan keadaan sebelum hamil. "... Dave Grattan.

HCG dan Hipotalamus

Semasa kehamilan, hCG akan membatalkan fungsi hipotalamus dan mengarahkan semua tenaga anda dan mensintesis semua nutrisi yang anda terima daripada makanan kepada bayi anda dahulu, dan bakinya barulah pergi kepada anda. Jadi, jika anda tidak memakan makanan yang mencukupi hari ini, HCG mengarah hipotalamus untuk melepaskan rizab anda (seperti lemak dari kawasan perut) dan memecahkan ia kepada tenaga dan nutrien untuk dihantar kepada bayi anda supaya bayi boleh terus berkembang.




Di Sinilah Bermulanya Masalah Berat Badan


Selepas bersalin, plasenta dibuang dan HCG juga hilang bersamanya. Hipotalamus, selepas 9 bulan bekerja untuk bayi sudah terlupa bagaimana untuk menjaga badan anda sendiri. 

Pemulihan biasa selepas kehamilan mengambil masa 2 minggu untuk keadaan yang ideal: tiada tekanan dan banyak berehat. 


Untuk kebanyakan pasangan suami isteri, setelah bayi dibawa pulang kerumah, sudah pasti kedua-duanya tidak akan dapat menikmati tidur malam yang baik & sempurna.


Pembaikpulihan Postpartum(selepas bersalin) Berubah ke Arah Yang Buruk 


Ia bukan satu kejutan dan saya tidak perlu memberitahu anda bagaimana sukarnya apabila anda tidak tidur, tidak cukup rehat dan perlu menguruskan hidup dengan bayi yang baru. Meneruskan rutin kehidupan biasa menjadi satu cabaran yang luar biasa. 



Tekanan yang tinggi atau stres akan membuat kelenjar adrenal mengepam lebih banyak Kortisol ke dalam aliran darah. Kortisol adalah hormon yang mempunyai kesan yang berlawananan dengan hCG. Kortisol menghantar isyarat tekanan kepada kelenjar hipotalamus. 

Sebagai tindak balas, badan anda mula untuk menyimpan makanan. Ianya ditukarkan menjadi lemak dan disimpan di dalam perut dan kawasan peha. Anda nampak masalah ini? 

  • Pertama, ia adalah hipotalamus yang mengawal fungsi metabolik wanita. 
  • Kemudian hCG pula mengawal untuk 9 bulan. 
  • Dan kini, Kortisol pula yang cuba untuk melibatkan diri. 
Bila keadaan huru-hara begini berlaku dalam tempoh yang lama, ia menjadi semakin kronik dan kemudian ia berjalan secara 'autopilot', menyebabkan berat badan naik secara perlahan-lahan dari masa ke masa yang membawa kepada masalah berat badan berlebihan dan masalah kesihatan yang lain.

Jangan risau dan bimbang!
Mommy-mommy preggy boleh dapatkan bentuk badan yang kurus dan ramping semula jika berpantang dengan cara yang betul dan mengamalkan supplement yang betul. Berat badan naik mendadak ketika menngandung ini hanya sementara. Saya sudah 2 kali bersalin. Memang pada mulanya saya berasa bimbang jika berat badan saya tidak turun. Memang risau bila memikirkan lepas ni dah tak boleh pakai baju yang sedia ada. Pinggang dah tak ramping lagi dan macam-macam lagilah. Tapi segalanya berubah bila saya mengamalkan ini.

Nak tahu apa rahsia dan pengalaman saya untuk dapatkan bentuk badan semula selepas bersalin? Tunggu yek. Saya akan kongsikan pada entri akan datang. :)

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~


0 comments: