Cara Mengatasi Jaundice Bayi Baru Lahir

12:27 Unknown 0 Comments

Jaundice amat merbahaya!


Kelegaan dengan penuh rasa bersyukur tergambar di wajah ibu bersalin tatkala anak yang dikandungnya selama 9 bulan akhirnya berjaya melihat dunia ini dengan selamatnya. Alhamdulillah itulah ungkpan yang terpacul dari mulut seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Adam di bumi Allah ini.

Bayi yang baru lahir perlu diberi susu lebih kerap untuk mengatasi jaundice atau kekuningan.


Namun anak yang baru lahir ini perlu diawasi daripada segala penyakit terutamanya penyakit kuning. Kesakitan bersalin belum pun hilang lagi tiba-tiba anak pula dilanda jaundice atau penyakit kuning. Apakah itu Jaundice? Bagaimana cara mengatasi Jaundice bayi baru lahir? Jom kita baca etri ini sampai habis.

Apa itu Jaundice?

Jaundice dari perkatan Perancis 'jaune' yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air. Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu.

Bayi yang baru lahir perlu diberi susu lebih kerap untuk mengatasi jaundice atau kekuningan.



Adakah Jaundice berbahaya?

Sudah tentu sangat bahaya! Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.

Mengapa kebanyakan bayi mengalami Jaundice?

Cara Mengatasi Jaundice Bayi Baru Lahir

  • Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
  • Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
  • Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
  • Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.

Apakah penyebab Jaundice?

  • Sekiranya kekuningan datang terlalu awal seperti pada hari pertama kelahiran, ia mungkin disebabkan tersumbatnya hempedu akibat kecacatn lahir seperti billiary atresia.
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

Rawatan Jaundis

Rawatan Foto

Bayi akan diletakkan di bawah lampu cahaya biru di hospital sehingga bilirubin akan ditukarkan kepada bahan tidak berbahaya dalam hati.(Anda tidak boleh dedahkan bayi anda di bawah matahari secara terus kerana sinaran uv boleh membahayakan bayi anda)

Pertukaran darah

Apabila kadar bilirubin bayi melebihi garis normal yang ditetapkan iaitu 20mg/dL (340 umol/L), pertukaran darah merupakan cara terakhir untuk mengelakkan kerosakan otak. Kadar bilirubin yang melebihi garisan normal disebabkan pelbagai faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.


Ibu semasa hamil boleh elakkan jaudis dengan amalan ini:

  • Minum madu 3 sudu besar atau minum air madu 5 sudu besar. Bagi ibu yang ada masalah diabetes, jangan risau madu tidak memberi kesan negatif.
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 bulan sebelum bersalin, 2 cawan sehari , pagi dan malam sebelum tidur
  • Mengamalkan minum pati delima 2 cawan sehari (500ml)
  • Memperbanyakkan memakan kurma
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari
  • Suami digalakkan berselawat sambil menggosok perut isteri. Lakukan sekerap mungkin.

Pengambilan set vitamin ibu hamil Shaklee semasa mengandung boleh membantu mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia bukan sahaja untuk mengelak sebarang komplikasi semasa bersalin nanti, tapi untuk memastikan keperluan nutrisi ibu dan bayi lengkap sekaligus boleh mengurangkan risiko jaundis terjadi kepada bayi.


Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?

Selain itu menyusukan bayi dengan kerap dapat mengatasi jaundice bayi baru lahir. Ia akan membuatkan bayi membuangkan air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyaklah bilirubin dapat dibuang dan dikeluarkan dari tubuh bayi. Kolostrum juga turut bertindak sebagai julap yang turut membantu memproses dan  menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.

Kenapa ibu bersalin patut berpantang dengan Set Bersalin Shaklee?

  • Dirumuskan dapat membaik pulih sistem urat saraf  badan bagi ibu yang baru sahaja melahirkan anak.
  • Boleh terus amalkannya sebaik sahaja bersalin. Membantu ibu tenang, tidak bentan dan meroyan.
  • Memberi tenaga kepada ibu dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Bayi yang baru lahir perlu diberi susu lebih kerap untuk mengatasi jaundice atau kekuningan.
Boleh baca penerangan terperinci mengenai Set Bersalin Shaklee (sila klik)

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~










0 comments: