11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) agar cepat sembuh

11:41 Unknown 0 Comments


Apa perasaan kita bila doktor beritahu,"Sudah tiada jalan lain. Puan dan bayi perlu diselamatkan dengan cara pembedahan." Berderau tak jantung kita? Pelbagai perasaan mula menerawang di minda. Cuak, takut, risau, dan sebagainya mula menghantui kita. Nak tak nak kita mesti hadapi. Kena kuatkan semangat dan tabah. Inilah pengorbanan kita untuk melahirkan zuriat umat Muhammad SAW ke dunia. Insyallah besar ganjaran pahala untuk ibu yang bersalin. 

Jangan risau. Sekarang zaman sudah canggih. Pelbagai peralatan perubatan moden telah pun dicipta. Apa yang penting adalah rawatan selepas pembedahan cesarean itu nanti. Ibu bersalin wajib untuk betul-betul berdisiplin semasa proses penyembuhan luka bersalin cesarean nanti. Kena berdisiplin tau ibu sekalian kalau 'barang' nak pakai lama lah! Tak gitu?

Jemput baca 11 tips menjaga luka bersalin pembedahan (cesarean) agar cepat sembuh

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

1. Bergerak lebih awal

Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang

Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional

Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

set berpantang shaklee untuk ibu bersalin pembedahan cesarean

Saya mencadangkan ibu bersalin cesarean untuk mengamalkan set bersalin dan berpantang Shaklee. Set bersalin terbukti menjadi popular kerana ramai ibu bersalin dapat berpantang dengan tenang dan gembira setelah mengamalkannya.

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Boleh baca di sini untuk mengetahui cara penyusuan susu ibu (sila klik)

8. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean:

1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop hanya untuk pelanggan saya sahaja. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

0 comments:

Marhalah Kehamilan : Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan

11:24 Unknown 0 Comments

Lamanya mengandung! Sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu


Salam mommy, mommy preggy and mommy to be! Semoga ceria, bahagia dan sihat selalu. Entri kali ini hanya nak berkongsi sedikit ilmu mengenai marhalah kehamilan seorang ibu mengandung dari 1 hingga minggu 40 kehamilan. Mungkin ia berguna untuk mommy-mommy yang pertama kali mengandung. Almaklumlah pengalaman baru kan kan....  Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum tu jom kita tengok video klip di bawah ini.




Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.


Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.


Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
  


Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

0 comments:

Kenapa Berat Wanita Bertambah Selepas Beranak?

01:47 Unknown 0 Comments

Risaunya bila berat badan naik bagai dipam pam!

Memang menarik apabila kita mengetahui, ketika wanita hamil dan plasenta berkembang, operasi dalaman badan mereka telah mengambil pendekatan yang sama sekali berbeza. Perubahan mekanikal dalaman, telah beralih kepada fungsi lain iaitu untuk melindungi dan membangunkan bakal nyawa yang baru. Alhamdulillah semuanya mengikut perancangan. Bayi dalam kandungan sihat dan selamat.


Plasenta menghasilkan hormon yang dipanggil hCG. Hormon hCG dalam erti kata yang mudah, bertindak sebagai mekanisme perlindungan untuk perkembangan bayi. Hormon ini memasuki badan wanita secara langsung melalui aliran darah dan mengawal fungsi-fungsi automatik badan seperti: metabolisme, penghadaman makanan, tenaga dan pengedaran nutrisi

Kesan daripada kehamilan, kesihatan tuan rumah (badan wanita) menjadi keutamaan kedua. Kesemua lemak badan wanita yang telah disimpan, termasuk makanan yang dimakan pada hari itu, akan pergi ke bayi dahulu dan kemudian barulah si ibu, itulah sebabnya semasa mengandung wanita boleh makan dengan banyak tanpa kenaikan berat badan yang ketara.

Sebelum Kehamilan 


Sebelum kehamilan, metabolisme dan fungsi-fungsi automatik lain yang berkaitan dengan makanan dan pencernaan dikawal oleh kelenjar kita sendiri - hipotalamus

Kelenjar hipotalamus terletak di dalam otak kita. Ia mengawal fungsi automatik badan seperti: 
  • Penghadaman makanan, 
  • Tidur, 
  • Di mana untuk menyimpan lemak, 
  • Bila untuk menyimpan lemak
  • Dan bila untuk melepaskan rizab lemak untuk tenaga
Dalam kata lain, mengandung pada badan wanita adalah satu perubahan besar dari segi fizikal dan mental.

Profesor Dave Grattan dari Persatuan Neuroendrokrinologi British telah menulis satu kajian yang sangat menarik tentang perubahan dalaman badan wanita semasa mengandung. 
"Otak seseorang wanita akan mengalami pengubahsuaian yang luarbiasa yang akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badannya. Kawalan perembesan hormon berubah, dan ini menyumbang kepada perubahan dramatik dalam emosi dan tingkah laku yang mengiringi proses mengandung dan melahirkan anak. 
Semua perubahan ini memerlukan otak untuk berfungsi secara berbeza semasa hamil berbanding dengan keadaan sebelum hamil. "... Dave Grattan.

HCG dan Hipotalamus

Semasa kehamilan, hCG akan membatalkan fungsi hipotalamus dan mengarahkan semua tenaga anda dan mensintesis semua nutrisi yang anda terima daripada makanan kepada bayi anda dahulu, dan bakinya barulah pergi kepada anda. Jadi, jika anda tidak memakan makanan yang mencukupi hari ini, HCG mengarah hipotalamus untuk melepaskan rizab anda (seperti lemak dari kawasan perut) dan memecahkan ia kepada tenaga dan nutrien untuk dihantar kepada bayi anda supaya bayi boleh terus berkembang.




Di Sinilah Bermulanya Masalah Berat Badan


Selepas bersalin, plasenta dibuang dan HCG juga hilang bersamanya. Hipotalamus, selepas 9 bulan bekerja untuk bayi sudah terlupa bagaimana untuk menjaga badan anda sendiri. 

Pemulihan biasa selepas kehamilan mengambil masa 2 minggu untuk keadaan yang ideal: tiada tekanan dan banyak berehat. 


Untuk kebanyakan pasangan suami isteri, setelah bayi dibawa pulang kerumah, sudah pasti kedua-duanya tidak akan dapat menikmati tidur malam yang baik & sempurna.


Pembaikpulihan Postpartum(selepas bersalin) Berubah ke Arah Yang Buruk 


Ia bukan satu kejutan dan saya tidak perlu memberitahu anda bagaimana sukarnya apabila anda tidak tidur, tidak cukup rehat dan perlu menguruskan hidup dengan bayi yang baru. Meneruskan rutin kehidupan biasa menjadi satu cabaran yang luar biasa. 



Tekanan yang tinggi atau stres akan membuat kelenjar adrenal mengepam lebih banyak Kortisol ke dalam aliran darah. Kortisol adalah hormon yang mempunyai kesan yang berlawananan dengan hCG. Kortisol menghantar isyarat tekanan kepada kelenjar hipotalamus. 

Sebagai tindak balas, badan anda mula untuk menyimpan makanan. Ianya ditukarkan menjadi lemak dan disimpan di dalam perut dan kawasan peha. Anda nampak masalah ini? 

  • Pertama, ia adalah hipotalamus yang mengawal fungsi metabolik wanita. 
  • Kemudian hCG pula mengawal untuk 9 bulan. 
  • Dan kini, Kortisol pula yang cuba untuk melibatkan diri. 
Bila keadaan huru-hara begini berlaku dalam tempoh yang lama, ia menjadi semakin kronik dan kemudian ia berjalan secara 'autopilot', menyebabkan berat badan naik secara perlahan-lahan dari masa ke masa yang membawa kepada masalah berat badan berlebihan dan masalah kesihatan yang lain.

Jangan risau dan bimbang!
Mommy-mommy preggy boleh dapatkan bentuk badan yang kurus dan ramping semula jika berpantang dengan cara yang betul dan mengamalkan supplement yang betul. Berat badan naik mendadak ketika menngandung ini hanya sementara. Saya sudah 2 kali bersalin. Memang pada mulanya saya berasa bimbang jika berat badan saya tidak turun. Memang risau bila memikirkan lepas ni dah tak boleh pakai baju yang sedia ada. Pinggang dah tak ramping lagi dan macam-macam lagilah. Tapi segalanya berubah bila saya mengamalkan ini.

Nak tahu apa rahsia dan pengalaman saya untuk dapatkan bentuk badan semula selepas bersalin? Tunggu yek. Saya akan kongsikan pada entri akan datang. :)

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~


0 comments:

Set Bersalin Shaklee Terbaik Untuk Ibu Berpantang

16:24 Unknown 0 Comments

Nak berpantang dengan perasaan yang gembira?

Fasa berpantang selepas melahirkan bayi adalah fasa yang membosankan. Buat itu tak boleh. Nak makan ni tak boleh. Banyak betul pantang larangnya! Nak tak nak terpaksalah ikut. Badan nak pakai lamakan? Kenalah berpantang betul-betul! Nanti umur baru menjengah 40 an dah sakit sini sana. Kesihatan luaran dan dalaman kita kena jaga daripada sekarang. Betul tak?

Set Bersalin Shaklee untuk ibu bersalin dan berpantang

Saya adalah ibu kepada 2 orang anak dan kini dalam peroses nak tambah 3 tak lama lagi. Memang terdapat perbezaan berpantang dengan set bersalin Shaklee. Saya mengamalkan set bersalin Shaklee ketika berpantang anak kedua Ilmuna Izzahra. Amat sukar digambarkan perasaan saya. Diri saya sangat bertenaga. Tak cepat letih. Susu saya melimpah ruah. Luka bersalin cepat baik. Yang bestnya saya tak perlu lagi meneguk pati ikan haruan yang hanyir tu. Zinc complex memang superb kerana zinc mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. 

Macam-macam ada dengan set bersalin Shaklee ni! Pendek kata fasa berpantang saya ketika itu memang best dan seronok. Okaylah, jom kita tengok apa pakej set bersalin Shaklee yang ditawarkan. 

Set Bersalin Shaklee Asas

Set Bersalin Shaklee AsasTerbaik


Set Bersalin Shaklee Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang dapat memenuhi nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi. Set ini membantu ibu-ibu berpantang untuk:
  • Sembuh dari luka dengan cepat
  • membentuk dan membina semula darah merah yang keluar semasa bersalin
  • pemulihan luka dalaman
  • mengelakkan stress untuk hindar meroyan
  • memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi.
Apa yang ada dalam Set Bersalin Asas?
  1. Vita-Lea = RM88.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  2. B-Complex = RM53.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  3. Zinc Complex = RM33.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  4. Vita-C = RM92.75 (180 biji tahan 6 bulan)
TOTAL = RM269 

Set Bersalin Shaklee Extra

Set Bersalin Shaklee Extra Terbaik


Set Bersalin Shaklee Extra ialah kombinasi set bersalin asas dengan tambahan Ostematrix dan Energizing Soy Protein ESP untuk membantu memenuhi keperluan ibu menyusu. Selain itu ia dapat membantu melawaskan sistem pembuangan dan tiada lagi gejala sembelit ibu berpantang.

Apa yang ada dalam Set Bersalin Extra?
  1. Vita-Lea = RM88.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  2. B-Complex = RM53.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  3. Zinc Complex = RM33.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  4. Vita-C = RM92.75 (180 biji tahan 6 bulan)
  5. Ostematrix = RM61(120 biji tahan 1 bulan)
  6. Energising Soy Protein = RM150 (850g tahan 2 bulan)
TOTAL = RM480

Set Bersalin Shaklee Premium

Set Bersalin Shaklee Premium Terbaik


Set Bersalin Shaklee Premium adalah khas untuk menyokong penyusuan ibu tetapi ibu kembali ramping seperti dahulu. Bayi sihat, ibu kekal ramping! Itulah konsep set bersalin Shaklee premium. Set ini adalah gabungan Set Bersalin Shaklee Extra dan juga Lecithin dan Alfalfa.

Apa yang ada dalam Set Bersalin Premium?
  1. Vita-Lea = RM88.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  2. B-Complex = RM53.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  3. Zinc Complex = RM33.75 (120 biji tahan 4 bulan)
  4. Vita-C = RM92.75 (180 biji tahan 6 bulan)
  5. Ostematrix = RM61(120 biji tahan 1 bulan)
  6. Energising Soy Protein = RM150 (850g tahan 2 bulan)
  7. Alfalfa Complex = RM53.75 (330 biji tahan 2-3 bulan)
  8. Lecithin = RM52 (180 biji tahan 2 bulan)
TOTAL = RM585.75 

Jika ibu hamil yang sedang tercari-cari supplement utk berpantang, saya dengan berbesar hati mencadangkan ibu hamil untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee. Pasti keseronokan berpantang menjadi milik kita. Saya jamin 110%!

Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~

0 comments:

5 Tips Meneran Ketika Bersalin

12:36 Unknown 0 Comments

Kesakitan hilang bila menatap si comel!

Pengalaman melahirkan 2 orang anak secara normal membolehkan saya merasai bagaimana proses meneran itu dilakukan. Ia bukan sesuatu tugas yang mudah. Sekarang saya tahu kenapa Allah berikan ganjaran yang banyak kepada seorang ibu yang melahirkan anak. Kalau kita selalu tengok drama di kaca televisyen nampak macam mudah bila bidan atau doktor berkata "Teran.' Hakikatnya in real life tidak seperti apa yang dilihat.



Tapi janganlah mommy atau mommy to be risau dan bimbang. Jom baca entri ini sehingga habis. Saya nak berkongsi tips meneran ketika bersalin.

1. Pernafasan

Ketika meneran nanti kita perlu menarik nafas sepanjang mungkin. Selepas tu kita meneran atau push semampu yang boleh. Awas! Jangan mencuri nafas yek. Nanti  kepala bayi yang nak keluar tu masuk kembali. Tarik panjang-panjang dan teran sehabis baik! Tarik nafas panjang-panjang dan teran bila kita rasa sakit. Insyallah bayi akan keluar.

2. Posisi badan

5 Tips Meneran Ketika Bersalin

  • Kedudukan badan yang betul adalah penting semasa proses meneran ketika bersalin. Posisi yang betul membantu kita menarik nafas panjang yang maksimum untuk meneran. Jika posisi badan tidak betul maka pernafasan kita akan tersekat-sekat sekaligus akan menyebabkan kita cepat letih dan hilang tenaga. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk kaki dengan cara melingkarkannya ke bawah peha.
  • Semasa proses meneran dilakukan jangan mengangkat punggung. Pastikan punggung berada dalam keadaan tetap pada tempatnya dan tidak terangkat untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya koyakan yang amat banyak. Pastikan juga kepala dan dagu kita rapat betul pada dada kita untuk memberikan daya momentum yang lebih tinggi ketika meneran.


3. Baca doa dan selawat

  • Banyakkan mengamal bacaan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan nun , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah.  Sentiasa memohon kepada Allah agar diri kita dan anak selamat. Berdoalah juga memohon  Allah meringankan kesakitan bersalin  dan permudahkan urusan bersalin kita.
  • Jangan lupa untuk sentiasa berzikir. Kalau tak boleh sangat pun memadailah sebut nama Allah semasa kontraksi dan meneran nanti. Secara spritualnya dengan amalan zikirullah dan doa yang tidak lekang di bibir kita, ia akan memberikan tenaga dalaman yang kuat dan mental yang mantap sekaligus membuatkan diri kita cekal dan berani ketika proses bersalin dilakukan. Kesakitan dapat dikurangkan apabila kekuatan dalaman kita kuat.


4. Mohon kemaafan dan keampunan

  • Macam hari raya pula nak kena mintak maaf. Tapi adakah hari raya sahaja masa sesuai untuk mohon kemaafan? Islam menyarankan kita sentiasa bermaafan antara satu sama lain setiap waktu. Kemaafan akan melahirkan jiwa yang bersih.
  • Sebelum bersalin, pohonlah kemaafan daripada insan-insan yang rapat dengan kita seperti suami, emak, ayah, adik beradik dan keluarga. Kekadang kita terlepas pandang barangkali kita ada mengguris perasaan mereka.  Jadi bila kita minta maaf dan dengan lapang dada mereka memaafkan kita. Ia seperti doa untuk kita. Insyallah urusan bersalin kita akan dipermudahkan Allah nanti.


5. Tenaga

minum esp shaklee ketika bersalin

  • Sebelum bersalin pastikan kita mempunyai tenaga yang cukup. Jangan skipp makan. Makanlah sepuas-puasnya. Bukan sahaja ia dapat memberi tenaga ketika meneran bersalin nanti, tempoh berpantang nanti kita tak dapat nak makan makanan yang best-best dah. 
  • Walaupun selera makan kita hilang kerana kontraksi nak bersalin, tapi berusahalah sedaya upaya untuk makan. Janga biarkan perut kosong. Kalau boleh biarlah kenyang kerana ia akan memberi tenaga kepada kita nak meneran nanti.
  • Jangan ingat proses bersalin tu cepat. Kekadang tu berjam-jam. Kalau anak pertama lagilah lama sehingga lebih 12 jam pun pernah berlaku. Ketika bersalin anak kedua dulu saya minum esp shaklee. Bila rasa lapar jer saya bancuh dan minum esp. Esp bukan sahaja mengenyangkan tapi juga memberi kita tenaga. Selain itu saya mengamalkan vitamin ibu mengandung Shaklee semasa hamil. Ia membantu saya mendapat nutrisi lengkap sekaligus membantu saya menghadapi proses bersalin dalam keadaan sihat, segar dan bertenaga.
vitamin ibu hamil
  • Last but not least, jangan lupa mandi. Sebelum pergi ke hospital pastikan kita mandi terlebih dahulu. Bersihkan diri. Mandi dapat memberikan kesegaran kepada badan kita. Badan yang segar merangsang ketenangan untuk kita bersalin.


Okay, setakat ini sahaja perkongsian pengalaman bersalin saya. Semoga ia dapat membantu ibu dan bakal ibu semua sebelum masuk ke laboor room nanti. Jangan takut dan bimbang. Ibu yang melahirkan banyak ganjaran pahala yang Allah berikan! Ingatlah sesungguhnya pengorbanan kita ini adalah untuk meramaikan umat Muhammad SAW di dunia ini.

Jika berminat untuk bershaklee, boleh hubungi saya sebagai ejen Shaklee anda.
Servis & consultation superb tiptop. Hubungi saya sekarang di 016-5199271 ~Maznifaeza~



0 comments: